Allah menduga bukan untuk membuat umatnya terseksa atau berduka tapi allah menguji untuk kita lebih dekat kepada-Nya.. kadang kala aku ingin mengeluh dengan segala dugaan yang diberikan.. Pelbagai persoalan bermain diminda dengan suara bisikan syaitan yg bermain dalam hati menyalah kan itu dan ini.. cepat2 aku beristifar ingat allah sebelum iman aku tersasar ke jalan yang lain..
Dugaan yang dipikul umpama satu bebanan yang tidak dapat ditanggung.. tapi apabila diri diduga
Kepada siapa kita akan mengadu?
Kepada siapa kita akan mula bercerita?
Dan kepada siapa kita akan menangis?
ALLAH
Allah tempat meluah paling terbaik dalam dunia.. sedang kita berduka Allah sentia mendengar.. sedang kita tengah bergembira dan dilimpahi kenikmatan yang diberikan Allah sedang melihat.. tapi kita ada mengucap syuku? Ada ingat pada-Nya?
Kita hanya mengingatkan Ia ketika kita sedang bersedih, berduka dan kecewa.. kenapa? Sebab ketika itu tiada siapa yang ada bersama kamu.. tiada siapa yang memahami situasi kamu.. dan tiada siapa yang mahu menangis bersama kamu..
Hanya Allah yang ada disisi kamu ketika kamu memerlukan teman untuk bercerita..
Allah menguji ada sebab..
1. Tidak mahu umatnya lalai atau lupa diri
2. Sentiasa mengetahui bahawa pembelajaran terbaik adalah melalui dugaan
3. Dugaan membawa kepada kebahagiaan
Aku percaya setiap dugaan dalam hidup mempunyai sebab tersendiri.. setiap air mata yang menitik pasti ada kegembiraan.. lambat atau cepat aku pasti dugaan akan menghasilkan kebahagiaan.. mula2 allah uji kita supaya kita kuat tidak menjadi lemah.. setiap yang kita lakukan ada ganjaran.. aku pasti aku percaya..
No comments:
Post a Comment